Translate

Khamis, 9 Julai 2015

Resepi Jala Mas

Image result for jala mas
Jala Mas

Kuih Jala Mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan sebagainya. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewet dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Jala Mas merupakan salah satu kuih tempatan yang digemari rakyat Malaysia. Anda ingin tahu cara membuat Jala Mas? Di sini Cik Ungu telah senaraikan bahan-bahan dan cara membuatnya.....

Bahan-bahan~~

10 biji telur merah ( telur itik)
2 biji telur merah (telur ayam)
1/2 sudu makan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara-cara membuat Jala Mas~~

  1. Merah telur dicampur dengan putih telur ke dalam satu mangkuk dan kacau dengan senduk perlahan-lahan lalu ditapis dengan kain maslin.
  2. Setelah itu, masukkan telur ke dalam bancuhan tadi.
  3. Masukkan gula dengan air sejuk dan daun pandan serta bunga cengkih, bila mendidih dan pekat sedikit air gula itu, boleh dimasukkan bancuhan telur dan dikirai dalam air gula.
  4. Bila sudah masak diangkat jala mas itu dengan batang buluh kecil dan lipatlah memanjang atau mengikut cita rasa anda.
Kuih Tempatan ini boleh dihidangkan sebagai santapan berbuka puasa.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan